Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts
Monday, 28 May 2012
Wasiat Untuk Teman
Mandikan aku dengan kesyukuran agar dapat aku sentiasa berterima kasih kepada Tuhan.
Kafankan aku dengan keinsafan agar dapat aku sucikan segala dosa silam.
Solatkan aku dengan ketenangan agar dapat aku tidur di kubur senang lenang.
Usungkan aku dengan kekuatan agar dapat aku tempis segala bisikan syaitan.
Tanamkan aku dengan kecintaan agar dapat aku curahkannya kepada Pencipta alam.
aku sudah tidak punya masa untuk lakukan itu semua sendiri
aku sudah tiada lagi di dunia ini
hidup aku sangat singkat
ya, hidup manusia sangat singkat
aku malu
sepanjang hidup aku
jarang sekali aku bersyukur kepada Tuhan atas nikmat yang diberi sebanyak infiniti
aku diberi banyak kelebihan
tapi aku riak, aku bangga, aku sombong, aku bongkak
aku malu
sepanjang hidup aku
tidak pernah aku insafi segala dosa yang aku lakukan baik dalam gelap mahupun terang
aku buka juga aib dosaku pada umum
segan tiada
ahh.. insaf jauh sekali
aku malu
sepanjang hidup aku
ketenangan bagiku hanya satu perkataan yang tidak pernah hadir dalam kitab hidupku
aku dikenali
kekadang aku disanjung tinggi
tetapi itu semua tidak dapat memberikan aku apa yang aku cari-cari dalam hidupku
yakni ketenangan di hati
aku malu
sepanjang hidup aku
sungguh aku sentiasa lemah telah rebah tunduk tanda tiada kekuatan di hati
bisikan syaitan yang hanya sekadar bisik
aku amati rapi
sehingga lemas dalam lautan maksiat keji
aku malu
sepanjang hidup aku
perasaan cinta yang dikurniakan oleh Rabb aku curahkan pada makhluk yang aku tahu tidak kekal abadi
aku sanjung meraka itu
aku cinta manusia ini
aku lupa akan Allah adalah cinta sejati
jika aku punya masa lagi
aku tidak perlukan wasiat ini
akan ku lakukan itu semua dengan sendiri
tapi semua itu tiada guna
sudah terlambat untuk suatu penyesalan
aku juga sudah tahu kesudahanku di neraka jahanam
wasiat itu bukan untukku
tetapi buat teman yang dipilih olehNya mempunyai hidup yang panjang
sediakanlah bakal jenazah teman dengan wasiat itu
sebelum wasiat itu bertukar tangan
kerana pada saat itu
wasiat hanya akan bertukar penyesalan..
*********************
Untuk Apa Ujian Ini....
Setelah terbangun dari lena yang panjang penangan panadol dan musim sejuk di sini, saya merajinkan diri membalas messages dan emails yang sudah lama terperuk di inbox. Email yang bertarikh 15 nov 2011, baru sempat saya buka tadi. Saya tidak mengenali pemilik email, sepertimana beliau tidak mengenali saya. Mungkin email saya beliau dapat dari page blog facebook saya. Beliau memperkenalkan diri.
"Oh, pangkat kakak", bisik hati saya.
Email yang separa panjang itu saya baca. Beginilah saya mengreply nya. Saja ingin berkongsi, mungkin juga menjadi panduan untuk mereka yang mengalami dilema yang sama..
**************************************************************************
Salam akak. Maaf saya sangat sibuk kebelakangan ini. Ni baru berkesempatan check email. Maaf buat akak tunggu lama. Berbesar hati akak percayakan saya untuk menceritakan masalah, maaf juga jika saya tidak dapat membantu sepertimana yang akak harapkan. Tapi saya akan cuba sedaya upaya, dengan izin Allah.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[2:286]
[2:286]
Ini janji Allah, sebagai orang islam, kita wajib meyakini janji Allah. Apa yang akak hadapi adalah ujian daripadaNya. Untuk apa ujian itu.? Sebab Allah tak sayang akak.? Tak.! Sebab Allah sayang akak. Allah nak buat akak lebih kuat. Allah tak uji orang yang Dia tak sayang. Kalau Allah tak sayang akak, Dia akan biarkan je akak, tak hiraukan akak. Dan Allah yakin akak boleh hadapi ujian ni. Cuma Dia nak tengok setakat mana kesanggupan akak untuk terima ujian ni. Adakah akak akan salahkan Dia..?
Farah yakin, dengan ujian ni, buat akak lebih dekat dengan Allah kan.? Manusia memang macam tu, macam saya, bila susah baru ingat Allah. Tapi memang tu kelemahan kita. Sebab tu Allah datangkan ujian, tanda Dia sayang kita, supaya kita lebih dekat kepadaNya.
Solat, puasa, keluarkan zakat dan buat benda-benda wajib tu bukan tanda kita muslim yang baik. Tu kewajipan kita. Tanda kita muslim yang baik adalah apabila kita dekat denganNya. Meredhakan setiap yang telah Dia tetapkan. Yakin dengan janjiNya.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
[2:216]
Setiap ujian yang Dia datangkan adalah untuk buat akak lebih dekat denganNya. Tapi tu terpulang pada cara kita terima ujian tu. Kalau kita redha, inshaAllah kita akan lebih dekat denganNya tapi kalau kita mengeluh dan tak dapat terima ujian tu, jadilah sebaliknya. Kita akan menyalahkan takdir, kita rasa hilang percaya kepada Allah dan lebih terpengaruh kepada hasutan syaitan untuk buat kita makin jauh denganNya. Nauzubillah..
Akak seorang yang kuat.! Saya percaya. Kalau tak, masakan Allah bagi akak ujian macam ni. Dan akak berhak untuk dapat orang yang lebih baik daripada cinta-cinta akak sebelum ni..! Ambil ibrah(pengajaran) dari semua yang dah berlaku tu. Setiap orang ada cerita mereka tersendiri.
Akak dah terima ujian yang kuat sebelum kahwin. Nanti bila dah kahwin, datang ujian-ujian lagi, akak tak heran dah, kacang je nak hadapi sebab akak pernah hadapi ujian yang lebih kuat.
Saya sangat berpegang teguh kepada dua ayat di atas. Panduan hidup saya. InshaAllah. Sangat membantu apabila ujian-ujian saya datang.
Meredhakan, sangat membantu untuk membuatkan
hari-hari kita sentiasa cerah :)
hari-hari kita sentiasa cerah :)
Oh, akak minta doa kan.? Ada satu doa untuk menghapuskan sesuatu yang ingin dilupakan dalam hati.
Akak letak tangan atas dada, baca surah ar-Ra'd ayat 39,
“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.”
[13:39]
Lepas habis baca, genggam tangan dan buat macam campak jauh2. Letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, inshaAllah, akak akan dapat melupakannya secara perlahan-lahan.
Luka memang pedih. Tapi sedalam mana pun luka tu, pasti terubat. Ada parut.? Kan banyak je yang jual ubat parut sekarang. Sorry sarcastic sikit. Tapi yakinlah,
“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
[94:5-6]]
*****************************************************************************
Begitulah saya akhiri email saya. Masih menunggu reply dari kakak itu... Semoga kita semua diberi kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang.
![]() | ||
오늘이 지나고 또 언제까지라도
우리 사랑 영원하길 기도하고 있어요..
TAKUT TERASING....
Semua orang ingin berubah, I mean changing from bad to good. Saya jamin, berani kerat jari (weehee, gurau je, tak berani pun) semua orang mesti pernah dengar orang cakap "eh aku nak berubah ke arah kebaikan lah." sama ada dari rakan terdekat mahupun diri sendiri yang sentiasa bermonolog dalaman. Ya, sebab fitrah kita manusia yang sukakan kebaikan dan kesucian, kerana asal usul kita pun dari Syurga, tempat paling suci.
Saya rasa kita semua perlu sedar bahawa kita semua memang sedang berubah pun.
"eh yeke..? alamak, i ollz tak sedar lah."
Ya, kita perlu sedia maklum yang dunia pun sedang berubah. Cuma yang lainnya, dunia berubah menentang fitrah kita. Kemaksiatan makin bertambah, jenayah juga begitu. Jelas sekali bilamana maksiat tidak lagi asing, yang ingin membuat kebaikan lebih takut kepada pembuat kejahatan.
Maka, apabila seseorang ingin mengambil keputusan untuk berubah ke arah kebaikan, mereka merasa kerdil dan belum bersedia. Ini kerana mereka rasakan jalan yang bakal mereka lalui berlawanan dengan jalan yang dunia sedang lalui. Senang cerita, jalan kebaikan dan jalan dunia hari ini tidak di lorong 'one way'.
Ketakutan untuk berubah kearah kebaikan ini hanya terjadi kepada mereka yang takut menjadi asing, hanya terjadi kepada mereka yang hidup kerana dunia.
Saya juga pernah menjadi 'mereka' di atas. Hidup terlalu untuk dunia, tidak ingin menjadi asing di dalam dunia yang rata-rata tidak mengamalkan islam sebagai cara hidup (c'mon la, tak hot la kan pakai cakap macam ustazah ni kan). Tetapi hati jelas menyatakan, "aku bukan di lorong yang betul". Hidup memang enjoy tetapi seperti ada yang tidak kena. Kenapa..? 왜.? 왜..? Kerana kita hidup menentang fitrah. Seperti takut dengan bayang-bayang sendiri.
Kalau berubah ikut fitrah itu asing di dunia sekarang, percayalah Allah bersama-sama dengan kita yang asing ini, kerana yang menciptakan fitrah kita itu kan Allah, bukan dunia.
Daripada Abu Hurairah r.a., "Islam mula tersebar dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali dagang asing.Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya asing”.
[HR Muslim]
Kepada yang selalu mengajukan soalan kepada saya, "macam mana nak dapat kekuatan untuk berubah.?". Jawapan saya senang sahaja, cari Allah. Berubah Lillahi ta'ala, kerana Allah kerana Dia lah sumber kekuatan kita. Bilamana kita rasakan dunia sedang mengejek kita kerana berlawanan arus dalam lorong 'one way' nya, muhasabah diri, tanya pada hati, kita hidup untuk Allah atau untuk dunia.?
Saya ulang sekali lagi ayat saya di atas,
"Saya rasa kita semua perlu sedar bahawa kita semua memang sedang berubah."
Persoalannya,
"Adakah kita sendiri yang sedang mengubah diri atau kita hanya menjadi mangsa perubahan.?"
(noktah)
Subscribe to:
Posts (Atom)

